Thursday, May 5, 2011

40 Teknik Rasululah Mengajar

Salam ukhuwwah.

Apa khabar buat teman pembacaku semua.

Pendahuluan:
Kali ini saya ingin berkongsi bacaan yang seterusnya.Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.Walaupun demikian mereka yang paling wajar memiliki,membaca serta menjadikan rujukan adalah mereka di kalangan guru,pendidik,motivator,penceramah dan apa sahaja karier berkaitan menyampaikan ilmu kepada orang lain.Ini berikutan adakalanya kita bingung apakah cara yang terbaik untuk menyampaikan pengajaran atau bahan kepada kumpulan sasar kita.

Kenapa perlu mendapatkannya?

Saya tidak nafikan,mengajar samalah seperti belajar;tugas sepanjang hayat.Walaupun mungkin saya mendapat pendidikan formal dalam bidang pengajaran ini,tetapi ia masih perlu dipelajari setiap hari.Selain buku dan bahan rujukan,pengalaman diri dan pengalaman orang lain juga merupakan guru yang terbaik buat semua yang bergelar pendidik.Maka,bagi mereka yang baru dalam bidang ini janganlah sombong bertanya mereka yang sudah 'otai'.Jangan malu atau sombong untuk bertanya,nanti tersesat jalan.Bagi yang berpengalaman pula,jangan takbur atau angkuh dengan pinjaman ilmu dan kebolehan yang Allah kurniakan.Kalau ilmu dikongsi-kongsi ia tidak akan luak,makin bertambah dan meningkat,insyaAllah.Maka,sewajarnya buku ini juga menjadi satu bahan dikongsikan bersama untuk kebaikan.

Al'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri.

Buku yang saya baca dan selalu jadikan rujukan ini adalah sebuah buku terjemahan.Buku asalnya dalam bahasa Arab tidak pernah saya berpeluang membaca sehingga habis(ketika di Universiti dahulu)(:.Namun tajuk pada buku terjemahan ialah Rasulullah Pendidik Terulung:40 Teknik Rasulullah Mengajar,karangan Al'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri.Buku terjemahannya dikarang oleh pensyarah di Jabatan Syariah,Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS),Ust Hj Shuhadak Mahmud.Buku ini sekarang boleh diperolehi melalui Fakulti Pendidikan KUIS.Jika ada pembaca yang berminat,boleh juga menghubungi saya untuk membelikannya:)Terima kasih dan syukur atas kekuatan penulis menterjemahkannya.

Lain-lain:
Buku ini juga memasukkan kata pengantar dari Sohibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan,Dato' Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad,Sohibus Samahah mantan Dato' Mufti kerajaan Negeri Terengganu,As- Syeikh Hj abdul Halim bin Abdul Qadir juga dari pakar motivasi tersohor negara,Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah.Dalam bahagian tersebut,mereka mengulas ringkas memuji usaha murni penterjemahan penulisnya dan memberi harapan bahawa buku ini berkeupayaan menjadi panduan berguna kepada yang inginkan ilmu dan bimbingan mengenai uslub dan teknik pengajaran baginda.

Kandungan:
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama:
Bahagian yang pertama merujuk kepada Sejarah pengajaran Rasulullah SAW.Ia menjelaskan tentang kajian ringkas berkaitan kesempurnaan Rasulullah dalam mendidik.Beberapa aspek penting seperti aspek kesempurnaan kejadian,kesempurnaan akhlak dan kelebihan perkataan diterapkan dalam bahagian ini.Selain itu pembaca didedahkan tentang info berkaitan kelebihan tindakan dan perilaku (perbuatan) rasulullah di dalam mendidik atau dalam erti kata lain berdakwah.

Bahagian kedua:
Pada bahagian kedua buku ini dipaparkan 40 teknik yang digunakan oleh baginda dalam mengajar.Teknik pertama ialah menjadikan diri sebagai model dalam mengajar.Hal ini dapat dikesan dalam aspek ibadah serta akhlak Rasulullah SAW.Baginda bukan sekadar mendidik kaumnya,bahkan menjadikan diri sendiri sebagai contoh ikutan terbaik.Pada hari ini,mungkin ramai di antara kita yang layak mengajar dari aspek kelulusan,tetapi sayangnya tidak ramai yang layak untuk mendidik dari aspek akhlak dan perbuatan.Sebagai contoh,pada hari ini kedapatan isu tenaga pengajar yang culas dari menepati jadual pengajaran mereka.Selain itu terdapat juga yang tidak segan silu memohon supaya pihak lain yang mengetik kad kedatangan bekerja mereka oleh orang lain.Bukan sekali dua,malahan berkali-kali!Hm...mungkin itulah antara masalahnya sehingga sebahagian daripada kita tidak layak menjadi model.

Lain-lain:
Seterusnya dipaparkan juga sejarah pengajaran Rasulullah secara beransur-ansur.Jika kita lihat dalam sejarah,sedangkan Al-Qur'an sendiri diturunkan secara beransur-ansur,munajjaman bukannya sekaligus,begitulah juga dalam pengajaran seharian.Guru perlu bersabar mengajar satu-persatu bukannya sekali harung(kata orang Negeri saya).Mengajar satu-persatu ini juga wajar kerana ia menunjukkan guru tersebut meraikan kesederhanaan dan menjauhi kebosanan pelajar dalam belajar.Seterusnya teknik-teknik lain dibincangkan ialah,meraikan perbezaan pelajar,dialog dan bertanya,perbualan dan pertimbangan akal fikiran,menyoal para sahabat bagi menyingkap kecerdikan dan pengetahuan mereka..Sehingga ke teknik ke 40,jelaslah mengajar itu amat pelbagai,maka begitu juga urusan dakwah banyak caranya.

Setiap teknik yang dibincangkan walaupun agak ringkas tetapi disertakan dengan sejarah penggunaanya oleh rasulullah.Ini amat membantu para pendidik dalam mencari teknik yang paling sesuai dengan sesuatu subjek atau mengikut keadaan dan perkara yang dibincangkan.Terkadang disertakan ayat Al-Qur'an serta hadith yang menyokong keberkesanan teknik yang digunakan oleh rasulullah tersebut.

Maka,saya berpendapat,seorang pendidik yang baik dan cemerlang wajar membuat rujukan daripada buku ini untuk menilai tahap pengajaran dan pembelajaran masing-masing.Buku ini bukan sekadar memberi info yang berguna,bahkan wajar dijadikan amalan para pendidik sekalian.Walaupun kedapatan buku yang pelbagai di pasaran tentang teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan,tidak rugi jika kita membaca buku ini kerana ia berdasarkan pengalaman dan penghayatan pendidik terulung kita,Rasulullah SAW.


Rasulullah contoh ikutan terbaik:) -Sollu 'alaih.

Sayangnya saya tidak berkesempatan upload gambar buku ini.

2 comments:

  1. Bagaimana saya ingin membeli buku ini? boleh berikan maklumat yang lebih lanjut, seperti email atau pun no. hp supaya mudah utk saya hubungi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Anonymous:

    Sila nyatakan nama dan no contact tuan.saya akan hubungi tuan secepat mungkin.

    emelkan ke ukhtiez@yahoo.com

    sekian.

    ReplyDelete

Salam.Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan juga bahan bacaan yang bagus, sudi-sudikanlah berkongsi:)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...