Wednesday, May 18, 2011

Al Fiqh Al Manhaji Mazhab Al Syafie


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan-kawan semua.

Sebelum ini dalam salah satu blog peribadi saya, saya pernah menyatakan seseorang telah menghadiahkan saya satu set buku.Buku yang dimaksudkan ialah Al Fiqh Al Manhaji Mazhab Al Syafie yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.Sebelum ini saya sudah memiliki set buku ini yang merupakan hasil terjemahan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.Walaubagaimanapun set buku yang dihadiahkan kepada saya ini adalah keluaran Darul Syakir dan merupakan projek yang diketuai oleh Dr Zulkifli bin Mohamad Al Bakri.

Kitab Asal Al Fiqh Al Manhaji Mazhab Al Syafie merupakan karya tokoh ulama' Syiria terkenal iaitu Ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha dan Dr Ali al Syarbaji.Buku ini sangat masyhur di kalangan pengikut Mazhab Syafie bahkan diajar di pusat pengajian tinggi dan juga di masjid-masjid.

Set ini mengandungi 7 jilid yang mana terdiri daripada bab yang berikut:

1-Muqaddimah-Menceritakan tentang Kitab Al Fiqh Al-Manjhaji,keistimewaannya,metodologi terjemahan,bibliografi ringkas pengarang,tokoh hadith dan Imam Al Syafie serta Fiqhnya, Mabadi' Al' Ulum,Istilah Fiqh Al Syafie, Pendapat Tokoh dan Ulama' Berkenaan Kitab Al Fiqh Al Manhaji.

2-Jilid Satu:Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah,Zakat Fitrah, Qurban dan Jenazah.

3- Jilid Dua::Zakat, Puasa, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan dan Kaffarah

4-Jilid Tiga:Bab Nikah dan Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut'ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Wakaf, Wasiat dan Pemegang Amanah.

5-Jilid Empat:Ilmu Faraid, Jual Beli, Khiar, Al Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba', Sarf, Hutang dan Anugerah

6-Bab Lima:Hiwalah, Syuf'ah, Musaqah, Muzara'ah, Pinjaman, Syarikat dan Pelaburan

7-Bab Enam:Jenayah, Qisas, Diyat, Hudu, Zina, Minum Arak, Mencuri, Hirabah, Murtad, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin.

Adakah kita benar-benar mengakui kita berpegang dengan mazhab Syafie?Kalau begitu, marilah kita sama-sama menyelusuri apakah jawapan-jawapan yang ada tentang permasalahan yang kita lalui seharian berpandukan Mazhab Syafie.Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.
Terkadang kita kesuntukan masa untuk menghadiri kelas-kelas takmir di masjid-masjid,maka buku ini sangat disyorka.Walaubagaimanapun,sekiranya ada persoalan lanjut sangat bagus diajukan kepada guru yang mursyid.

Sekalung terima kasih buat yang menghadiahkan saya set pilihan ini.Inilah hadiah yang saya sangat suka:BUKU!

5 comments:

  1. Assalam. Where can I purchase this books?

    ReplyDelete
  2. wslm.anonymous.If you really interested,you can order from me.Thank you.

    ReplyDelete
  3. Saya nak beli kitab terjemahan fiqg manhaji ini. Dimana saya boleh dapat? Boleh beri nombor contact. Harap dapat beri dengan segera sebab saya akan pulang ke Jordan minggu depan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Mohon maaf saya sudah tidak menjual buku ini.Mungkin boleh dapatkan daripada kedai buku berhampiran.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. siapa yg terjemah terbitan N9 punya?

    ReplyDelete

Salam.Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan juga bahan bacaan yang bagus, sudi-sudikanlah berkongsi:)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...