Thursday, May 5, 2011

Bila Allah Menduga Kita:Syed Alwi Al Attas

Salam ukhuwwah.

Alhamdulillah akhirnya dengan jihad yang agak tinggi,berjaya juga saya tamatkan bacaan Bila Allah Menduga Kita.Buku yang diperolehi dari bahagian Motivasi di Kedai Buku Popular ini berharga RM 19.90(jika tanpa diskaun ahli).Buku ini merupakan tulisan Syed Alwi Alatas dan terbitan Must Read Sdn Bhd.Buku ini juga merupakan antara buku terlaris jualannya di rangkaian kedai buku MPH sebaris dengan La Tahzan Gadisku:)



Gandingan antara Bila Allah Menduga Kita dan La Tahzan Gadisku.

Secara peribadi,buku BAMK ini tampak mudah dibaca.Walaubagaimanapun,saya mengambil sedikit masa untuk menghabiskannya kerana cuba merenung satu demi satu pengkisahan di dalamnya selain diselang-seli dengan bacaan buku-buku lain.Di dalam buku ini pelbagai rencah kehidupan manusia digambarkan sebagai ujian dan dugaan daripada Allah SWT.Selalunya kita sering melihat kedukaan dan kehilangan itu sebagai ujian atau dugaan,namun tanpa kita sedar sebenarnya dugaan dari kebahagiaan dan kesenangan juga bukanlah sedikit.Buku ini pada saya dapat membantu kita melihat bagaimana keadaan personaliti atau individu tertentu yang dihujani kemewahan dan kesenangan sedangkan pada satu ketika didatangi ujian.Apa yang ingin ditonjolkan bukan sekadar ingin memberitahu hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran,tetapi bagaimanakah kita melihat tiap-tiap ujian yang kita perolehi.Dan ternyata individu yang digambarkan dalam juduk ini cekal dan tabah.Selayaknya dijadikan iktibar!

Seperti dinyatakan tadi,buku ini juga diselitkan kisah benar dan tauladan yang boleh diambil daripadanya.Selain itu,setiap bab disertakan intisari tafsiran Al-Qur'an serta hadith terpilih berkaitan sesuatu perkara.Dalam masa yang sama serba-sedikit buku ini dapat memberi kekuatan bagi mereka yang merasakan diri sedang ditimpa ujian dan merasakan ia amat berat sekali dan tidak tertanggung lagi.Apapun pada saya,benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalm kalamNya:.."Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan menurut kemampuan hamba itu sendiri"

Kita juga dibawa untuk berfikir untuk bersangka baik dengan Allah SWT dengan tiap-tiap ketentuan yang dilimpahiNya.Sama ada kita suka atau tidak tentang sesuai,kita perlu menerimanya dengan redha dan bersyukur dengan nikmatnya yang tak bertepi.Benarlah,kita wajar melihat dari sisi yang terlindung atas segala ketentuan yang kita alami.Subhanallah.

Pada saya,buku ini sesuai dijadikan hadiah buat saudara atau teman yang sedang berada dalam kesedihan.Dalam keadaan sedemikian,mereka pasti memerlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupannya selepas melalui satu peristiwa atau pengalaman besar dalam hidupnya.MAka sewajarnya hati mereka diubat dengan hiburan yang bersih sebegini.Ia mampu mengingatkan kita tentang hakikat takdir yang ditentukan oleh ilahi

Jadi saya menyarankan supaya sahabat semua menginfakkan sedikit peruntukkan untuk mendapatkan buku ini samada untuk bacaan sendiri ataupun hadiah buat yang tersayang.Teringin untuk saya menghadiahkan buku ini buat bonda tercinta yang masih pilu di atas pemergian anakandanya yang tersayang,Allahyarham Ahmad Rashdan!

Anda juga boleh mendapatkan keterangan lanjut tentang buku terbitan must read di http://buku2-mustread.blogspot.com.atau layari http://www.mustread.com.my/

*Catatan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menyedok mana-mana bahagian dalam buku terbabit:)

Bersyukurlah,Bila Allah Menduga Kita,sebenarnya kita semakin kuat untuk meniti hidup ini walaupun tanpa kita ketahui apa akan terjadi pada keesokan hari"

Meminjam kata-kata nasihat dari seorang sahabat"Ujian teori hanya memerlukan sebatang pensil dan beberapa helai kertas, sedangkan ujian amali memerlukan seluruh kehidupan mencakupi jiwa dan raga"-Ustaz Shafiee.Benarlah katanya itu.Sangat-sangat benar!.

No comments:

Post a Comment

Salam.Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan juga bahan bacaan yang bagus, sudi-sudikanlah berkongsi:)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...